Wednesday 27 February 2013

Tayangan Umum FFM ke-25

Sempena Festival Filem Malaysia ke-25 pada tahun ini, FINAS telah menyenaraikan beberapa buah pawagam untuk menayangkan filem-filem yang tercalon dalam majlis anugerah tersebut. GSC Alamanda adalah salah satu daripada tiga buah pawagam yang terpilih, selain TGV KLCC dan MBO Festival City.






Jadi bagaimana caranya untuk mendapatkan tiket? Mudah sahaja. Anda hanya perlu mendapatkan pas-pas masuk percuma di pawagam tersebut atau daripada urusetia FFM. Kemudian datang ke kaunter tiket untuk 'menebus' tiket bagi filem yang anda ingini. Pas masuk yang diedarkan adalah tidak terhad (kecuali pas masuk sudah habis). Tetapi satu pas masuk adalah hanya untuk satu tiket bagi satu filem.


No comments:

Post a Comment